Surah 19:
MARYAM.
Surah Maryam terdiri atas 98
ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, kerana hampir seluruh ayatnya
diturunkan sebelum Nabi Muhammad s.a.w.
hijrah ke Madinah, bahkan sebelum sahabat-sahabat beliau hijrah ke
negeri Habsyi. Menurut riwayat Ibnu Mas’ud, Ja’far bin Abi Thalib membaca kan
permulaan surah Maryam ini kepada raja Najasyi dan pengikut-pengikutnya diwaktu ia ikut hijrah
bersama-sama sahabat-sahabat yang lain ke negeri Habsyi.
Surah ini dinamai “Maryam”,
kerana surah ini mengandung kisah Maryam, ibu Nabi Isa a.s. yang
serba ajaib, iaitu melahirkan puteranya Isa a.s., sedang ia
sebelumnya belum pernah dikawini atau dicampuri oleh seorang laki-laki
pun. Kelahiran Isa a.s. tanpa bapa, merupakan suatu bukti kekuasaan Allah
s.w.t. pengutaraan kisah Maryam sebagai kejadian yang luar biasa dan ajaib
dalam surah ini, diawali dengan kisah
kejadian yang luar biasa dan ajaib pula, iaitu dikabulkan nya doa Zakaria
a.s. oleh Allah s.w.t., agar beliau
dianugerahi seorang putera sebagai pewaris dan pelanjut cita-sita dan
kepercayaan beliau, sedang usia beliau sudah sangat tua dan isteri beliau
seorang yang mandul, yang menurut ukuran ilmu biologi tidak mungkin akan
terjadi.
.
Sumber 1;
Khatam terjemahan
ayat-ayat Maryam (1-98),
Sumber 2;
.